Cari Blog Ini

Ahad, 9 Januari 2011

hutan dan bandar


Hutan bandar ialah hutan atau sekumpulan pokok yang tumbuh di bandarpekan atau subbandar. Dari konteks yang lebih luas, ia boleh ditakrifkan sebagai apa-apa jenis tumbuhan tanaman kayu yang tumbuh di dan di sekitar penerokaan manusia. Dari konteks yang lebih spesifik (juga digelartaman hutan), ia menjelaskan kawasan-kawasan yang ekosistemnya diwarisi dari peninggalan rimba. Penjagaan dan pengurusan hutan bandar digelar perhutanan bandar.
Hutan bandar memainkan peranan penting pada ekologi habitat manusia dalam pelbagai cara; ia menapis udara, air, cahaya matahari, menyediakan tempat berteduh untuk haiwan dan berfungsi sebagai kawasan rekreasi untuk orang ramai. Mereka menyeimbangkan cuaca tempatan, melengahkan angin ribut, dan meneduhi rumah dan perniagaan untuk menyimpan tenaga. Ia amat penting dalam proses penyejukan pulau panas bandar, dan berpotensi mengurangkan bilangan hari-hari ozon yang tidak sihat yang menghantui bandar-bandar utama pada bulan-bulan puncak musim panas.
Di kebanyakan negara sekarang kefahaman tentang kepentingan ekologi asli pada hutan-hutan bandar telah meningkat. Beberapa projek sedang diadakan bertujuan untuk memulihkan dan mengekalkan ekosistem, merangkumi penghapusan mudah pengautan daun dan penghapusan tumbuhan ceroboh kepada pengenalan semula spesies asal dan ekosistem riparian.

drpda WIKIPEDIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan